Wednesday, April 22, 2009

TEMUDUGA




Khusus untuk The Vouge....JUGA sesiapa yang akan menghadiri TEMUDUGA

SEBELUM MASUK :

1. Bedak kat pipi tak bercapuk2 macam tepung gomak atau lipstik tinggal saki baki.elak pakai make up yang tebal. memadai simple je

2. off kan handphone , jam loceng (kalau terbawak) atau apa2 saja yang berbunyi

3. pastikan kasut samada warna hitam atau cOklat tua, jangan pakai kasut belang-belang putih ada reben lagi...

4. Kalau boleh isi dalam handbag kena kurangkan, tak payahlah bawak ubat2 atau bil2 air api rumah

5. pastikan bawak sijil original. sijil nikah tak payah lah bawak

6. baju kena pilih corak rona yang lembut, bunga yang tak besar2 sangat, warna maksimum 3 warna.

7. pakai tudung yang menyerlahkan lagi baju, paling selamat tudung krim. kalau boleh elak tudung warna merah dan hitam..nampak seram..tudung IKIN pun ok..tapi elok yang tak bercorak..

8. latih jalan macam catwalk..nampak profesional..

9. jangan bercakap terlalu kuat semasa tunggu panggilan masuk. buat malu2 kucing dan berbual yg patut je ngan org sebelah. elakkan membincangkan tentang artis atau perkara2 yang buat anda marah..(jangan bergossip)

10. jangan memburukkan syarikat anda sekarang..(di luar bilik dan di dalam bilik)

MASA TEMUDUGA

1. Ketuk pintu dulu sebelum masuk.Jangan main redah je walaupun selalu buat macam tu kat umah sendiri.. atau kat pejabat.

2. Berdiri di depan pintu dan ucap salam serta tunduk sikit (macam org jepun kira2nye)

3. Duduk jika dipersilakan duduk. jika tidak, berdiri dengan buat muka sambil tersenyum tengok panel (biasa dia suruh duduk), kalau masih tak jugak.., mintak izin "Boleh Saya Duduk"

4. Jangan bersilang kaki ketika duduk, jika bawak hand bag(yang banyak isi) pastikan diletak ditepi kerusi, pastikan handbag tertutup takut keluar pulak sapu tangan, minyak angin ke dsb. duduk macam ala2 nak bersanding tapi janganlah macam pengantin sangat..

5. Jawab hanya bila ditanya dan jangan berebut2 nak jawab, perlahan2 dan buat muka macam tak berapa reti sangat tapi konfident

6. Jangan terlalu tunjuk pandai dan kalau tak dapat jawapan jangan tipu, cakap je "saya minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan tuan/puan dengan tepat, tetapi pada pandangan saya.....

7.Pada awal temuduga, biasa dia suruh cerita pasal diri. jangan lak tercerita pasal diri lebih2. fokus kepada kekuatan kita untuk jawatan tu..kalau mohon keje sebagai Juruhebah atau DJ (hahahaha), kena khabarkan kekuatan suara kita dan beritahu yang kita ini sangat berinformasi..(betul ke)

8. Masa nak balik jangan lupa ucap terima kasih. dan bawak balik handbag yang letak kat tepi kerusi tadi..


SELAMAT MENGHADIRI TEMUDUGA...NI TIPS RINGKAS JE..YANG LAIN, BOLEH BACA KAT INTERNET ATAU BUKU, BANYAK....

1 comment:

  1. hahahaha.... very funny byt very informative! tq kak lin!

    ReplyDelete