Saturday, May 16, 2009

GURU, PENDIDIK DAN PENGORBANAN



SELAMAT HARI GURU...kepada semua guru dan pendidik

Sungguh lama saya tidak menulis. Saya baru pulang dari Kursus "Training of Trainers" untuk fasilitator di UiTM Kelantan. Kursus yang dianjurkan oleh INED UiTM itu sememangnya sangat informatif dan bersesuaian dengan saya yang sangat sukakan bidang latihan. Ia dianjurkan bagi tujuan melatih fasiliatator yang terdiri daripada kalangan 201 pensyarah dan kakitangan kolej bersekutu UiTM untuk melatih siswa dan siswi UiTM dalam bidang pembangunan diri dan sahsiah. Selama 4 hari berada di sana, saya sangat selesa, gembira dan mendapat ramai kawan di kalangan pendidik IPTS. Saya juga memahami aspirasi UiTM sebagai sebuah IPTA yang berbeza dengan IPTA lain. Terima kasih UiTM.Terima kasih kepada Fasilitator yang membimbing.

Sebagai pendidik (walaupun sekarang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran kredit...) saya rasa terpanggil menyuarakan isi hati dalam ruang ini. Saya bukan guru, tapi selalu menganggap diri saya sebagai seorang guru bila berhadapan dengan pelajar, dan apabila saya memberikan ceramah di program-program motivasi, saya menggelarkan diri saya sebagai Cikgu Lin. Teman-teman bertanya, kenapa menggunakan nama tersebut sedangkan saya bukan seorang guru tulen..Saya sangat sukakannya, walaupun saya tahu jika saya menjadi guru, mungkin saya akan menjadi guru yang tidak disukai oleh pelajar kerana kegarangan saya (agaknya..)Saya punya rasional kenapa menggunakan gelaran itu. Bagi saya, kami pendidik sama ada pensyarah di IPTA mahupun IPTS juga adalah guru. Cuma yang membezakan gelaran sebagai Cikgu, Cik, Encik, Puan, Prof Madya, Prof dsb..tapi kami bergelumang dalam bidang pendidikan, mempunyai satu matlamat yang sama, mendidik dan membimbing pelajar menjadi manusia cemerlang. Saya yakin semua pendidik mempunyai matlamat dan hasrat yang sama tidak kira di mana pun mereka berada.

Bila bercakap mengenai pendidikan, saya juga teringat kata-kata bekas guru saya di Sek Men Tun Habab Kota Tinggi..."Jangan menjadi guru jika anda tidak berminat. Hanya untuk mendapat gaji dan imbuhan, carilah pekerjaan lain, jangan "mendera" murid kamu dengan ketidakikhlasan kamu nanti"...kata-kata itu terpahat di hati saya sehingga sekarang..dan seorang pensyarah UTM, PM Yusof Suratman pernah memberitahu kami " Untuk menjadi pendidik, seseorang itu perlu berkorban"...

Kata-kata mereka ini saya anggap sebagai kata-kata hikmah, dari seoarng guru kepada pelajar, yang membayangkan bahawa tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja pada nama, tetapi lebih daripada itu..Untuk menjadi pendidik, kita mesti mempunyai "roh" dan roh ini yang akan menjadikan kita pendidik yang benar-benar ikhlas..sebab itu, profesion ini sangat tinggi nilainya pada saya. Kita bukan sahaja mendidik pelajar, tetapi sebenarnya kita mendidik diri kita juga. Kita menjadi guru kepada diri kita juga..Kita perlu menjaga perlakuan, tingkahlaku, adab sopan, pakaian, tutur kata dan sebagainya agar menjadi contoh kepada pelajar..sebab itu kita perlu mendidik diri kita dahulu sebelum mendidik pelajar..

Dan saya kira..kita tidak mungkin bertemu dan mengenali orang-orang cemerlang dan berjaya tanpa resepi yang diadun oleh guru-guru. Mereka ini sangat bernilai, ibarat lilin yang menerangi malam gelap, berkorban untuk dirinya tetapi pada masa yang sama memberikan cahaya untuk yang lain..

Buat semua guru dan pendidik (SMTSJA, STH, UITM PAHANG, UUM dan UTM)..terima kasih..menjadikan saya manusia..


Juga kepada pelajar yang mengirimkan sms ucapan hari guru kepada saya..





Saturday, May 9, 2009

Testing

Testing, 1, 2, 3....

Thursday, April 23, 2009

HAPPY BIRTHDAY

Kak mama n Hajjah (Birthday Girl..heheh)
Secret Receipi
(Kak N, Me, Kak Mama n Hajjah)
suprise yang jadi blurr..sorry my friends
Me n Hajjah
Kg Pasir Putih, Pasir Gudang

Me n Nadzirah
Me n Fatin Comel



selamat hari lahir Hajjah Marene Mohamad..(yang ke berapa ekkk? sori..nak buat suprised..tak jadi..hehehe...bagi yang lahir bulan ini, berikut ciri-ciri peribadi mengikut Dato'Dr fadzilah Kamsah:

  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka diberi perhatian
  • sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan
  • pandai menyelesaikan masalah orang lain
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik
  • cuba kawal emosi
  • kecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu

Wednesday, April 22, 2009

TEMUDUGA




Khusus untuk The Vouge....JUGA sesiapa yang akan menghadiri TEMUDUGA

SEBELUM MASUK :

1. Bedak kat pipi tak bercapuk2 macam tepung gomak atau lipstik tinggal saki baki.elak pakai make up yang tebal. memadai simple je

2. off kan handphone , jam loceng (kalau terbawak) atau apa2 saja yang berbunyi

3. pastikan kasut samada warna hitam atau cOklat tua, jangan pakai kasut belang-belang putih ada reben lagi...

4. Kalau boleh isi dalam handbag kena kurangkan, tak payahlah bawak ubat2 atau bil2 air api rumah

5. pastikan bawak sijil original. sijil nikah tak payah lah bawak

6. baju kena pilih corak rona yang lembut, bunga yang tak besar2 sangat, warna maksimum 3 warna.

7. pakai tudung yang menyerlahkan lagi baju, paling selamat tudung krim. kalau boleh elak tudung warna merah dan hitam..nampak seram..tudung IKIN pun ok..tapi elok yang tak bercorak..

8. latih jalan macam catwalk..nampak profesional..

9. jangan bercakap terlalu kuat semasa tunggu panggilan masuk. buat malu2 kucing dan berbual yg patut je ngan org sebelah. elakkan membincangkan tentang artis atau perkara2 yang buat anda marah..(jangan bergossip)

10. jangan memburukkan syarikat anda sekarang..(di luar bilik dan di dalam bilik)

MASA TEMUDUGA

1. Ketuk pintu dulu sebelum masuk.Jangan main redah je walaupun selalu buat macam tu kat umah sendiri.. atau kat pejabat.

2. Berdiri di depan pintu dan ucap salam serta tunduk sikit (macam org jepun kira2nye)

3. Duduk jika dipersilakan duduk. jika tidak, berdiri dengan buat muka sambil tersenyum tengok panel (biasa dia suruh duduk), kalau masih tak jugak.., mintak izin "Boleh Saya Duduk"

4. Jangan bersilang kaki ketika duduk, jika bawak hand bag(yang banyak isi) pastikan diletak ditepi kerusi, pastikan handbag tertutup takut keluar pulak sapu tangan, minyak angin ke dsb. duduk macam ala2 nak bersanding tapi janganlah macam pengantin sangat..

5. Jawab hanya bila ditanya dan jangan berebut2 nak jawab, perlahan2 dan buat muka macam tak berapa reti sangat tapi konfident

6. Jangan terlalu tunjuk pandai dan kalau tak dapat jawapan jangan tipu, cakap je "saya minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan tuan/puan dengan tepat, tetapi pada pandangan saya.....

7.Pada awal temuduga, biasa dia suruh cerita pasal diri. jangan lak tercerita pasal diri lebih2. fokus kepada kekuatan kita untuk jawatan tu..kalau mohon keje sebagai Juruhebah atau DJ (hahahaha), kena khabarkan kekuatan suara kita dan beritahu yang kita ini sangat berinformasi..(betul ke)

8. Masa nak balik jangan lupa ucap terima kasih. dan bawak balik handbag yang letak kat tepi kerusi tadi..


SELAMAT MENGHADIRI TEMUDUGA...NI TIPS RINGKAS JE..YANG LAIN, BOLEH BACA KAT INTERNET ATAU BUKU, BANYAK....

Sunday, April 19, 2009

TIPS FOR EXAM

FOR ALL MY STUDENTS, HERE SOME TIPS FOR EXAM :

1. Have all necessary material with you.You can't borrow items such as pens, pencils, rulers or special equipment while in an examination.

2. Have a relaxing night before your exams.Have an early night, and try to have a healthy breakfast.

3. Read the entire paper.Where you have choices, decide which ones you plan to answer.

4. Plan your time.Spend some time drafting a plan for the questions you choose to answer.

5. Jot down ideas as they come to you.While you are answering one question, information about another may suddenly occur to you. Jot it down somewhere because when you come to that question perhaps an hour later, you may have forgotten it.

6. Don't leave any questions unanswered.If you are short of time, use note form. Remember, you can only be marked on the answers you give.

7. Never leave the room early.If you have time at the end, go over your work, add information (eg in the margin). You can't return if you suddenly remember a fact after you have left.

8. Do not spend too long on multiple choice questions.With multiple choice questions it is best to cover the answers and work out your own before looking at the choices on paper. If you can't answer the question come back to it later - have a guess.

9. Never omit an entire question.No matter how well you answer other questions, you must leave time for all questions - a perfect answer can still only earn a certain number of marks. If you write nothing, you can't receive any marks and you have lost all your marks for a particular question. Write something - it may at least give you a few points.

10. Maintain a stable energy level.Eating foods such as chocolate bars before an exam might give you an energy boost to begin with but your blood sugar levels will drop within an hour and your energy will plunge dramatically, making it hard for you to concentrate.

again....GOOD LUCK to all my students...be the best....and for my sisters too..YANA, ADIK, FATIN...n....++++

SOURCE:http://www.schools.nsw.edu.au/gotoschool/highschool/examtips.php

Friday, April 17, 2009

SIAPA KITA TANPA IBU DAN BAPA

Sempena perasmian Minggu Penghayatan Islam Peringkat IPT Zon Johor yang diadakan di Pusat Islam pada 17 April 2009, saya berpeluang mendengar ceramah daripada Ustaz Muliadi Umat. Ceramahnya bertajuk "Generasi Al-Quran Menjana Kegemilangan Umat" sangat mengujakan. Saya tertarik sehingga tak sedar hampir sejam mendengar, beliau meminta izin menamatkan bicara. Sangat menarik untuk tajuk yang agak berat. Seorang ustaz tanpa nama besar dan gelaran tinggi juga tanpa publisiti..sangat menarik hati saya. Seorang ustaz yang outstanding, mempunyai kemahiran menarik audien yang tinggi, pandai berlawak, menyanyi dan kritis melontarkan idea dan bicara. Diselangi dengan cerita dan sirah nabi..saya merasakan ini antara ceramah agama terbaik pernah saya ikuti...dengan rendah diri ustaz menyatakan bahawa dia bukan siapa-siapa, cuma seorang guru di sebuah sekolah di kota tinggi...namun, saya nampak dari riak wajahnya, dia bersyukur dengan dirinya, malah tidak lekang menyebut siapa ibu dan bapanya..alangkah bangganya ibu dan ayah beliau..

saya hampir menitiskan air mata bila mendengar ingatan beliau terhadap ibunya..lantas saya teringatkan arwah ibu saya...semua orang punya ibu dan bapa..cuma yang membezakan cerita ibu dan bapa kita. ada orang yang mempunyai ibu yang sangat pandai, mempunyai gelaran Dr, Datin atau mungkin Datuk. Juga mungkin mempunyai seorang ibu yang berkerjaya guru, doktor, peguam, usahawan..atau juga seorang ibu yang cantik seperti bintang filem, dan macam-macam lagi...

siapapun ibu kita, saya kira kita perlu dan wajib menghormati, meningati, menyayangi malah menyanjungi...kerana lahirnya kita dari rahimmnya.dan tidak ada seorang ibu pun yang mendoakan anak-anaknya gagal dalam hidup...

dan begitu juga dengan seorang bapa..bapa kita mungkin bukan seorang peguam, ahlipolitik, bukan datuk atau tan sri..tapi dialah bapa yang membesarkan kita..darahnya mengalir dalam tubuh kita...

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Wednesday, April 15, 2009

CONGRATS n ALL THE BEST


Congrats to All AJK Ungku Mohsin...for ur comitment in Minggu Mesra Sahabat on 11 -12 April 2009...

I m very proud ..u were managed all the activities very well...so impress. the participant also gave their full support and commitment....I thought that are the "gift" from Allah swt..if u gave the best with all your heart, with the sincerity..then..u get it back..trust it....(as I told before...)

and..............
ALL THE BEST

for your FINAL EXAM....just around the corner..