Saturday, May 16, 2009

GURU, PENDIDIK DAN PENGORBANAN



SELAMAT HARI GURU...kepada semua guru dan pendidik

Sungguh lama saya tidak menulis. Saya baru pulang dari Kursus "Training of Trainers" untuk fasilitator di UiTM Kelantan. Kursus yang dianjurkan oleh INED UiTM itu sememangnya sangat informatif dan bersesuaian dengan saya yang sangat sukakan bidang latihan. Ia dianjurkan bagi tujuan melatih fasiliatator yang terdiri daripada kalangan 201 pensyarah dan kakitangan kolej bersekutu UiTM untuk melatih siswa dan siswi UiTM dalam bidang pembangunan diri dan sahsiah. Selama 4 hari berada di sana, saya sangat selesa, gembira dan mendapat ramai kawan di kalangan pendidik IPTS. Saya juga memahami aspirasi UiTM sebagai sebuah IPTA yang berbeza dengan IPTA lain. Terima kasih UiTM.Terima kasih kepada Fasilitator yang membimbing.

Sebagai pendidik (walaupun sekarang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran kredit...) saya rasa terpanggil menyuarakan isi hati dalam ruang ini. Saya bukan guru, tapi selalu menganggap diri saya sebagai seorang guru bila berhadapan dengan pelajar, dan apabila saya memberikan ceramah di program-program motivasi, saya menggelarkan diri saya sebagai Cikgu Lin. Teman-teman bertanya, kenapa menggunakan nama tersebut sedangkan saya bukan seorang guru tulen..Saya sangat sukakannya, walaupun saya tahu jika saya menjadi guru, mungkin saya akan menjadi guru yang tidak disukai oleh pelajar kerana kegarangan saya (agaknya..)Saya punya rasional kenapa menggunakan gelaran itu. Bagi saya, kami pendidik sama ada pensyarah di IPTA mahupun IPTS juga adalah guru. Cuma yang membezakan gelaran sebagai Cikgu, Cik, Encik, Puan, Prof Madya, Prof dsb..tapi kami bergelumang dalam bidang pendidikan, mempunyai satu matlamat yang sama, mendidik dan membimbing pelajar menjadi manusia cemerlang. Saya yakin semua pendidik mempunyai matlamat dan hasrat yang sama tidak kira di mana pun mereka berada.

Bila bercakap mengenai pendidikan, saya juga teringat kata-kata bekas guru saya di Sek Men Tun Habab Kota Tinggi..."Jangan menjadi guru jika anda tidak berminat. Hanya untuk mendapat gaji dan imbuhan, carilah pekerjaan lain, jangan "mendera" murid kamu dengan ketidakikhlasan kamu nanti"...kata-kata itu terpahat di hati saya sehingga sekarang..dan seorang pensyarah UTM, PM Yusof Suratman pernah memberitahu kami " Untuk menjadi pendidik, seseorang itu perlu berkorban"...

Kata-kata mereka ini saya anggap sebagai kata-kata hikmah, dari seoarng guru kepada pelajar, yang membayangkan bahawa tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja pada nama, tetapi lebih daripada itu..Untuk menjadi pendidik, kita mesti mempunyai "roh" dan roh ini yang akan menjadikan kita pendidik yang benar-benar ikhlas..sebab itu, profesion ini sangat tinggi nilainya pada saya. Kita bukan sahaja mendidik pelajar, tetapi sebenarnya kita mendidik diri kita juga. Kita menjadi guru kepada diri kita juga..Kita perlu menjaga perlakuan, tingkahlaku, adab sopan, pakaian, tutur kata dan sebagainya agar menjadi contoh kepada pelajar..sebab itu kita perlu mendidik diri kita dahulu sebelum mendidik pelajar..

Dan saya kira..kita tidak mungkin bertemu dan mengenali orang-orang cemerlang dan berjaya tanpa resepi yang diadun oleh guru-guru. Mereka ini sangat bernilai, ibarat lilin yang menerangi malam gelap, berkorban untuk dirinya tetapi pada masa yang sama memberikan cahaya untuk yang lain..

Buat semua guru dan pendidik (SMTSJA, STH, UITM PAHANG, UUM dan UTM)..terima kasih..menjadikan saya manusia..


Juga kepada pelajar yang mengirimkan sms ucapan hari guru kepada saya..





Saturday, May 9, 2009

Testing

Testing, 1, 2, 3....